Agama di Filipina ditandai dengan majoriti orang menganut kepercayaan
Kristian.
[1] Sekitar 92% penduduknya beragama Kristian, manala 81% menganut
Gereja Roman Katolik sementara sekitar 11% menganuti mazhab Kristian
Protestan, seperti
Gereja Adventis Hari Ketujuh, Gereja Jesus di Filipina dan
Evangelikal.
[1] Secara rasminya, Filipina ialah sebuah
negara sekular dengan Perlembagaan membenarkan pemisahan gereja dan negara, dan meminta pemerintah untuk menganggap seluruh agama setara.Menurut tinjauan agama kebangsaan, sekitar 5.6% penduduk Filipina ialah
Muslim, menjadikan
Islam agama terbesar kedua di negara itu. Namun, Sueuhanjaya Muslim Filipina Kebangsaan mempersengketakannya dan menuntut pengikutnya berjumlah sekitar 11% dari jumlah penduduk.
[2][3] Kebanyakan Muslim tinggal di bahagian Mindanao, Palawan, dan Kepulauan Sulu – sebuah wilayah yang dikenali sebagai wilayah
Bangsamoro atau
Moro.
[4] Beberapa orang berhijrah ke kawasan perbandaran atau desa di bahagian-bahagian yang berbeza dari negara tersebut. Kebanyakan Muslim Filipina mempraktikan
Islam Sunni menurut aliran
Shafi'i.
[5] Terdapat beberapa Muslim
Ahmadiyyah di negara tersebut.
[6]Agama-agama tradisional Filipina masih dipraktikan oleh sekitar 2% penduduk,
[7][8] yang termasuk beberapa kumpulan etnik dan penduduk asli. Agama-agama itu sering kali disinkretiskan dengan Kristian dan Islam.
Animisme, agama rakyat, dan shamanisme masih hadir sebagai agama aliran utama, melalui albularyo, babaylan, dan manghihilot.
Agama Buddha dipraktikan oleh 2% penduduk oleh komuniti
orang Jepun, komuniti Jepun Filipina,
[7][8][9] dan bersama dengan
Taoisme dan agama rakyat China juga menjadi dominan dalam komunitas Tionghoa. Terdapat sejumlah kecil pengikut
agama Hindu,
[7][8][9] dan
Judaisme dan
Baha'i.
[10] Lebih dari 10% penduduk tidak beragama.
[7][8][11]